
Pemain muda Perak, Muhammad Izzat Shah Ibrahim disahkan meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Kangsar malam tadi.
Pemain berusia 18 tahun itu baru sahaja menyertai pasukan Perak B-19 bagi saingan musim 2020.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kes Izzat melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.
AL-FATIHAH⠀
⠀
Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Perak B-19, Muhammad Izzat Shah bin Ibrahim telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Arwah akan dikebumikan di Masjid Bendang Kering, Kuala Kangsar selepas solat Zohor.⠀ pic.twitter.com/AeACEEv0GP— Perak FC (@peraktbgmy) January 20, 2020
Izzat ditemui pada jam 11.55 malam semalam dalam keadaan terbaring di atas jalan raya manakala motosikalnya berada dalam jarak 40 meter dari mangsa.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mangsa pada ketika itu menunggang motosikal dari arah Chemor menghala ke Klebang hendak pulang ke rumah.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terbabas akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan lain nombor pendaftaran tidak pasti.
Akibat dari kemalangan tersebut, mangsa telah tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Para pemain dan pegawai pasukan serta pihak pengurusan PAFA turut menunaikan solat Zohor dan solat jenazah di kampung tersebut.
⁰Semoga Allahyarham Muhammad Izzat Shah Bin Ibrahim ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah. pic.twitter.com/ov3iHUhNfG
— Perak FC (@peraktbgmy) January 20, 2020
Jenazah dikebumikan di Masjid Bendang Kering, Kuala Kangsar selepas solat Zohor.
Menurut akaun media sosial rasmi Perak, kesemua barisan pemain dan kejurulatihan menziarah keluarga mangsa dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.