Liga Super Malaysia Berita

Selepas empat tahun, Gopi kembali ke Pahang

Gopi Rizqi Rama Chandra membuat keputusan untuk kembali ke Pahang bagi musim 2020 selepas empat tahun meninggalkan pasukan tersebut.

Menurut sumber Arena Metro, pemain berusia 31 tahun itu telahpun menandatangani kontrak selama setahun.

Gopi memulakan kariernya bersama Pahang di usia 20 tahun dan membantu Tok Gajah meraih tiga piala sepanjang bersama pasukan tersebut dengan memenangi Piala FA dan dua kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut.

Beliau kemudian berhijrah ke Selangor selama semusim sebelum ke JDT dan meraih Liga Super dan Piala Malaysia.

Gopi juga pernah beraksi di Melaka secara pinjaman secara semusim manakala 2019 beliau beraksi di PDRM.

Kemasukan semula Gopi berkemungkinan besar selepas kehilangan Saddil Ramdani dan Wan Zaharulnizam.

Saddil masih belum mengumumkan pasukan baharunya manakala Zaharulnizam kembali ke Kelantan FA.