Liga Super Malaysia Berita

Bekas penyerang Celtic bakal sertai Melaka?

Melaka United sedang menguji bekas penyerang Celtic, Amido Balde untuk saingan liga musim depan.

Namun Presiden Melaka United, Damian Yeo berkata pemain tersebut dijangka menggantikan Deshorn Brown yang membuat keputusan untuk beraksi di liga India.

“Sebaik sampai di Melaka dia terus diuji. Faktor keserasian dan memahami corak permainan rakan sepasukan juga perlu diambil kira.

“Kami memberinya peluang menjalani latihan bersama barisan pelatih dan menyertai satu lagi aksi persahabatan untuk memantapkan persembahannya.”

Balde beraksi dalam dua pasukan berbeza tahun ini.

Pada awal musim, pemain berasal dari Guinea-Bissau menyertai Persebaya dan menjaringkan 5 gol sebelum menyarung jersi PSM dan menjaringkan 6 gol.

Setakat ini, Melaka dibarisi import Uche Agba, Romel Morales dan Jang Suk-won.