Eropah Berita

[VIDEO] Nakajima muncul wira

Pemain serangan antarabangsa Jepun, Shoya Nakajima muncul wira pasukan FC Porto selepas menyumbat gol kemenangan ketika menentang Santa Clara dalam saingan Taca de Portugal.

Gol tersebut merupakan jaringan pertama bekas pemain pasukan Al-Duhail selepas beraksi dalam 10 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini. Kemenangan itu melayakkan FC Porto ke pusingan seterusnya selepas berjaya dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

FC Porto kini menduduki tangga kedua Primeira Liga empat mata dibelakang pendahulu liga, Benfica.

Nakajima mampu beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua. Ternyata kualiti yang dimiliki para pemain benua Asia terutamanya Jepun dan Korea Selatan telah mencapai tahap tertinggi.

Terdahulu, penyerang Jepun, Takumi Minamino telah melengkapkan perpindahan ke Liverpool dari Red Bull Salzburg dan akan mula beraksi secara sah pada Januari depan. Seorang lagi bintang Asia yang mencuri perhatian pemerhati bola sepak seantero dunia ialah Heung Min Son. Ketua pasukan Korea Selatan itu mempamerkan kualiti berkelas dunia bersama Tottenham Hotspur dibawah bimbingan Jose Mourinho.