Kolum Eropah

[VIDEO] Minamino impikan dua kejuaraan

Pemain antarabangsa Jepun yang baru menandatangani kontrak bersama Liverpool, Takumi Minamino memberi bayangan untuk membantu The Reds merangkul dua kejuaraan pada musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu akan menjadi pemain rasmi skuad utama Liverpool bermula Januari depan sejurus jendela perpindahan pemain dibuka.

Pada awal Oktober lepas, Minamino meletakkan namanya sebagai salah seorang penjaring buat Red Bull Salzburg ketika menentang Liverpool di Anfield dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Minamino yang memulakan karier profesional awal bersama kelab Cerezo Osaka berpendapat bahawa Liverpool memiliki tahap teknik dan intensiti yang tinggi.

‘’Bola sepak mereka berada dalam tahap yang tertinggi yang melambangkan mereka sebagai juara eropah. Ternyata saya sangat gembira kerana akan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.’’

Pemergian pemain itu ke Liverpool jelas akan menambah sengat di bahagian serangan skuad bimbingan Jurgen Klopp yang kini dikemudi Mohamed Salah, Sadio Mane, dan Roberto Firmino. Walaubagaimanapun, Minamino perlu membuktikan kualiti yang dimiliki sebelum mampu menembusi kesebelasan utama.

‘’Matlamat saya adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah serta menyalurkan sumbangan yang baik kepada pasukan’’, katanya lagi.

Sementara itu, bekas tonggak utama Manchester United yang kini beraksi bersama Real Zaragoza, Shinji Kagawa mengucapkan tahniah dan berharap agar pemain muda itu mampu untuk memberikan yang terbaik dibawah bimbingan jurulatih terbaik di dunia (Jurgen Klopp).