Pemain berusia 21 tahun, Wan Kuzain Wan Kamal telah menyertai kem latihan pusat Sukan Sea dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sejak tiga hari yang lalu.
Pemain versatil pasukan Sporting Kansas City yang tiba di tanah air pada empat hari lepas tidak membuang masa dan terus menyertai latihan bersama pemain-pemain yang lain.
Datuk Ong Kim Swee berkata ada beberapa faktor yang akan dinilai keatas Wan Kuzain seperti aksi diatas padang dan kerjasama bersama pemain-pemain lain. Tegasnya lagi, suasana diluar padang juga akan diambil kira untuk melihat adakah dia (Wan Kuzain) mampu untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan yang lain.
Kim Swee menegaskan ianya masih terlampau awal untuk menilai kerana dia (Wan Kuzain) baru tiba dan perlu menyesuaikan diri dengan masa dan cuaca yang berbeza. Beliau berharap pemain muda itu dapat kembali cergas sepenuhnya.
Kembali kami di Arena MPSJ untuk latihan skuad #HarimauMalaya B-22. Dah nampak beberapa pemain daripada skuad senior turun hari ini. 👀 #2019SEAGames #TeamMsiaSukanSEA2019 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/K8z1RVSDor
— Team Malaysia (@TeamMsia) November 20, 2019
Dalam pada itu, Wan Kuzain mengakui menyimpan minat untuk mewakili negara kerana ianya memberi makna yang sangat mendalam buat dirinya. ‘Mewakili negara bukan sahaja menampilkan diri sendiri dan keluarga tetapi tampil sebagai keseluruhan negara. Saya harap mampu tampil bersama Malaysia dengan penuh bangga’, ujarnya lagi.
Senarai akhir 20 pemain skuad Sukan SEA akan diumumkan pada esok sebelum mereka bertolak ke Manila dan memulakan kempen menentang Myanmar pada Isnin depan.