Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersyukur kerana diberi peluang oleh Ketua Jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat Sukan SEA sejak awal November lalu.
Luqman adalah salah seorang daripada enam pemain skuad B-19 negara yang dipanggil untuk menyertai latihan tersebut. Pemain berusia 17 tahun itu mengakui perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang lain termasuklah beberapa pemain daripada skuad senior.
Pemain kelahiran Kota Bharu itu berkata semua pemain yang berada dalam kem latihan ini mempunyai kualiti yang tersendiri. ‘Semua pemain bagi tumpuan termasuk saya. Bukan ingin riak tetapi bagi saya semua pemain bagus. Bukan saya seorang sahaja. Saya sebagai junior perlu hormat’. Katanya lagi.
Luqman juga berjanji akan memberikan yang terbaik sekiranya dipilih untuk mewakili Malaysia bagi saingan Sukan SEA di Manila yang akan bermula pada Isnin depan. Dia turut selesa untuk merendahkan diri dan percaya perjalanan kariernya masih panjang untuk ditempuhi.
https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/photos/pcb.2516273561802726/2516270221803060/?type=3&theater
Sementara itu, skuad B-22 negara menewaskan dua pasukan dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam. Perlawanan yang berdurasi 50 minit bagi setiap satu itu menyaksikan Malaysia mudah menumbangkan Northern Territory Selection 3-0 dan Western Australia Selection 2-0. Kesemua gol masing-masing disumbangkan oleh Khairul Amizan Suhaimi, Luqman Hakim, R. Dinesh, Hadi Fayyadh, dan Kogileswaran Raj.