Penyerang utama Manchester United, Marcus Rashford percaya pasukannya mampu untuk menjadi empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris musim ini. Pemain England berusia 22 tahun ini merupakan sumber gol utama United buat masa ini dengan tujuh jaringan dalam semua kejohanan setakat ini.
The Red Devils mencatat kekelahan keempat dalam liga musim ini setelah tewas 1-0 keatas Bournemouth pada Sabtu lepas. Keputusan tersebut meletakkan United di tangga ke-10 dengan pungutan 13 mata.
Menurut laporan AS, Rashford berkata ianya akan menjadi sukar tetapi tidak mustahil. ‘Kami tidak perlu fokus pada pasukan lain. Kami mempamerkan permainan terbaik apabila fokus dan terus memperbaiki kelemahan’, katanya lagi.
Peledak United ini turut menegaskan itu sahaja cara untuk bermain bola sepak dengan baik dan perlu terus lakukan dengan konsisten. ‘Ia boleh menjadi begitu mudah pada masa dan dalam masa yang sama, anda tidak mahu menyusahkan buat diri sendiri. Apa yang lebih penting ialah kembali bangkit’, jelasnya kepada pemberita.
Skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer akan menjadi tuan rumah kepada Partizan Belgrade awal pagi nanti bagi saingan peringkat kumpulan Liga Eropah. The Red Devils mencatat kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan penalti Anthony Martial ketika kunjungan ke Stadium Partizan dua minggu lepas.
Sementara itu, Ole Gunnar Solksjaer berpendapat ketiadaan penyerang Perancis, Anthony Martial yang cedera sebelum ini adalah satu kehilangan besar buat pasukan. Martial yang bertindak sebagai pemain nombor sembilan dilihat berpotensi untuk mencipta peluang gol. Gandingan Martial dan Rashford sangat diperlukan untuk terus mencipta gol dalam kuantiti yang lebih banyak.
Berdasarkan statistik semasa, Manchester United sekadar memperoleh 18 gol daripada 16 perlawanan dalam semua kejohanan. Empat daripada gol yang dihasilkan adalah menerusi sepakan penalti. Statistik ini membuktikan ketandusan dan ketumpulan barisan serangan United bagi musim ini.