Bola sepak di dunia sedang mengalami perkembangan dari segi penggunaan teknologi bagi memperbaiki kualiti dan menambah baik kelemahan yang ada. Malaysia juga tidak terkecuali untuk membawa masuk teknologi seperti Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Teknologi Garisan Gol (GLT).
Namun begitu, peminat bola sepak di Malaysia tidak akan melihat teknologi tersebut buat masa terdekat. Berdasarkan laporan Bernama, kedua-dua teknologi itu tidak akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia bagi musim depan.
Kos yang tinggi dan memerlukan persediaan rapi merupakan dua faktor utama yang menyebabkan teknologi tidak akan dibawa masuk ke Malaysia. Dua teknologi ini telah dilaksanakan dalam beberapa liga utama di eropah seperti Liga Perdana Inggeris.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata kos melibatkan GLT sebenarnya lebih tinggi berbanding VAR. Tambahnya lagi, VAR yang mula digunapakai pada 2017 masih memiliki kelemahan yang perlu diperbaiki.
‘Liga Perdana Inggeris yang merupakan liga nombor satu dunia pun menghadapi masalah dengan VAR, apatah lagi kita yang tergesa-gesa dalam keadaan tidak bersedia. Kursus dan proses bagi VAR agak panjang serta kita belum berada dalam masa yang tidak tepat untuk melaksanakan penggunaan VAR atau GLT’, katanya kepada pemberita.
Secara pengiraan kasar, kos penggunaa VAR dalam satu-satu perlawanan beberapa bulan lepas dianggarkan berjumlah antara RM 50,000 sehingga RM 100,000 dan nilai itu menunjukkan penurunan dari masa ke semasa.
‘Kos itu sedang turun di serata dunia akibat perkembangan teknologi. Dengan adanya lebih banyak pengguna dalam VAR dan banyak penyedia perkhidmatan yang boleh sediakan perkhidmatan, kita boleh tengok dalam masa terdekat, mungkin kalau kos itu dah sesuai, mungkin kita (FAM) boleh masukkan VAR dalam sistem kita,’ jelasnya.
Liverpool's Roberto Firmino was flagged offside before putting the ball in the net against Aston Villa and the decision was confirmed by VAR
The red line signifies Firmino and was aligned to his armpit, which was marginally ahead of the last Villa defender#AVLLIV pic.twitter.com/a2OnNWnz2E
— Premier League (@premierleague) November 2, 2019
‘VAR itu satu perkara ‘trendy’ untuk diperkatakan, tetapi adakah ia satu penyelesaian dan jika anda tanya kepada pasukan Liga Perdana Inggeris di England, adakah VAR satu penyelesaian sehingga isu ketiak pun kita boleh pertikaikan, jadi saya tidak rasa ia satu penyelesaian 100 peratus, tetapi dalam sukan kita sentiasa akan ada perkara yang perlu diperdebatkan dan perubahan’, tegasnya lagi.
45' | GOL KHYRIL!@FASelangorMy berjaya menggandakan kedudukan di Stadium Shah Alam selepas Khyril Muhymeen menjaringkan gol kedua Gergasi Merah. #PialaMalaysia2019#MFLLive#SELPRK pic.twitter.com/900SYI0YwV
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 29, 2019
Isu VAR dan GLT mula kecoh apabila terdapat beberapa insiden yang melibatkan beberapa pasukan ketika saingan Piala Malaysia 2019. Antaranya insiden gol Khyril Muhymeen ketika perlawanan suku akhir kedua menentang Perak di Shah Alam yang dikatakan berada dalam keadaan ofsaid.
35’| GOL SAFAWI!
JDT menambah jaringan dalam perlawanan ini selepas menyempurnakan sepakan percuma baik menewaskan Ifwat Akmal!@official_kfa 0-2 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/S4xyWhx5Iw
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
Sabtu lepas, satu lagi insiden berlaku apabila gol sepakan percuma Safawi Rasid ketika aksi perlawanan akhir menentang Kedah dikatakan belum melepasi garisan gol. Namun begitu, Nazmi Nasaruddin mengesahkan gol tersebut setelah mendengar kata dua daripada penjaga garisan di belakang gol.