Kolum Eropah

[VIDEO] Selamat Hari Lahir Maradona

Tanggal 30 Oktober merupakan tarikh keramat buat peminat bola sepak kerana ianya merupakan tarikh Legenda bola sepak dunia, Maradona dilahirkan.

Bekas penyerang antarabangsa Argentina ini adalah seorang bintang dalam dunia bola sepak suatu ketika dahulu. Jika hari ini kita dapat lihat kelibat Lionel Messi, Maradona juga pernah beraksi sebegitu berpuluh tahun yang lalu.

Berbadan kecil dan memiliki kepantasan dalam larian merupakan kebolehan yang dimanfaatkannya ketika di kemuncak karier.

Maradona menyambut ulangtahun kelahiran ke-69 pada hari ini. Tahukah anda, Maradona merupakan satu-satunya pemain yang muncul 16 kali sebagai ketua pasukan di Kejohanan Piala Dunia. Beliau juga pernah beraksi bersama Boca Juniors, Barcelona, dan Napoli.

Sepanjang karier, beliau telah menjulang Piala Dunia 1986 bersama Argentina dan pernah meraih Anugerah Bola Emas pada tahun yang sama.