Eropah Berita

[VIDEO] MSG bantu Barca

Jika Liverpool gah dengan trio Mohamed Salah, Sadio Mane, dan Roberto Firmino, Barcelona pula semakin mengorak langkah dengan trio Antoine Griezmann, Lionel Messi, dan Luis Suarez atau lebih dikenali dengan Messi, Suarez, Griezmann (MSG).

(Photo by Lukas Kabon/Anadolu Agency via Getty Images)

Barcelona berjaya mengutip tiga mata selepas menumpaskan Slavia Praha 2-1. Gol jaringan Messi seawal minit ketiga memberikan pendahuluan awal buat pasukan pelawat. Jaringan tersebut juga menjadikan Messi pemain pertama untuk menyumbat gol dalam 15 musim berturut-turut. Ia juga satu lagi rekod yang dicipta pemain terbaik dunia itu.

Gandingan tiga pemain serangan Barcelona dilihat semakin serasi. Sebelum ini, ketiga-tiga pemain tersebut menyumbat satu gol masing-masing ketika menang 3-0 keatas Eibar. 

Pasukan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan melalui Jan Boril pada minit ke-50. Walaupun sebelum itu penjaga gol Barca, Ter Stegen bertungkus lumus menyelamatkan beberapa percubaan bahaya daripada dibolosi tetapi akhirnya gawang pasukan pelawat dibolosi juga akhirnya.

(Photo by Lukas Kabon/Anadolu Agency via Getty Images)

Selang tujuh minit kemudian, Luis Suarez muncul wira dengan menguis bola masuk menewaskan Ondrej Kolar. Barca menguasai perlawanan dengan 52% penguasaan bola serta tujuh percubaan tepat manakala Slavia Praha menghasilkan sembilan percubaan tepat.

Setakat ini, Barca mendahului kumpulan F dengan kutipan tujuh mata, tiga mata dihadapan Inter Milan dan Borussia Dortmund.