Kolum Eropah

Messi jelaskan hubungan dengan Griezmann

Pemain lelaki terbaik FIFA 2019, Lionel Messi menafikan dakwaan hubungan dinginnya bersama rakan sepasukan, Antoine Griezmann.

Laporan media juga mendakwa Messi tidak menyukai bintang Perancis tersebut. Tambahan pula, Messi dikatakan mahu Neymar untuk kembali bersama Barcelona.

Namun demikian, Messi menafikan segala dakwaan yang telah dibuat dan berkata dia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pemain terbaik di dunia. 

(Photo by Michael Regan – FIFA/FIFA via Getty Images)

‘Saya sudah bercakap dengan Griezmann tentang matlamat kami bersama pasukan. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kehadirannya’, tambah Messi. 

Ini membuktikan bahawa pemain antarabangsa Argentina itu bersedia untuk mengenepikan ego demi kejayaan bersama pasukan. Messi sendiri mengakui tentang bakat yang dimiliki Griezmann dan dia akan membantu agar pemain baru tersebut berasa selesa. 

(Photo by Pressinphoto/Icon Sport via Getty Images)

 

Dalam pada itu, Griezmann berkata dia tidak dapat mencapai keserasian di tahap maksimum ekoran kecederaan yang dialami Messi. ‘Ianya sangat menakjubkan. Dia (Messi) adalah pemain terbaik dunia’, katanya lagi. 

Berita ini diolah semula daripada video Oh My Goal di laman Youtube.