Eropah

Puskas milik Zsori

Anugerah Puskas 2019 menjadi milik pemain muda berusia 19 tahun, Daniel Zsori. Gol cantik yang dihasilkan ketika perlawanan menentang Debrecen FC berjaya menewaskan dua lagi calon iaitu Lionel Messi dan Juan Fernando Quintero.

Gol yang menjadi pilihan panel itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri jika dibandingkan dengan dua gol daripada calon yang lain. Antara sebab utama gol ini dipilih adalah kerana kualiti jaringan yang dihasilkan. 

Sepakan gunting kaki kiri yang dipamerkan Daniel Zsori juga menarik perhatian apabila ianya muncul pada minit-minit terakhir perlawanan. Jika diteliti, jaringan semasa sebelum gol itu hadir adalah 1-1 diantara Debrecen FC dan Feherver FC dalam saingan Liga Hungary. Jaringan cantik itu secara automatik memberi kemenangan kepada Debrecen FC. Lebih menarik perhatian, apabila melihat Feherver FC bangkit daripada ketinggalan 1-0 dan beraksi cemerlang sebelum memperoleh dua gol pada 10 minit terakhir permainan.

Seterusnya, kelibat pemain muda yang ketika itu berusia 18 tahun, membuat satu jaringan luar biasa boleh diberi markah bonus. Zsori masuk menggantikan pemain pada minit ke-80 dan memanfaatkan peluang yang diberikan dengan jaringan menarik. Untuk menjaringkan gol sedemikian ketika aksi genting bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi kepada pemain muda.

Dua gol lain yang turut dicalonkan sebagai finalis kurang istimewa bagi para panelis. Secara hakikatnya, gol Lionel Messi ketika melawan Real Betis adalah sekadar gol biasa yang sering dicipta Messi seperti sebelum ini. Malah, Messi mempunyai puluhan gol cantik yang lebih baik daripada ini. 

Manakala gol sepakan percuma Juan Fernando Quintero pula boleh disifatkan sebagai gol cantik luar kotak tipikal yang telah dihasilkan oleh ramai pemain. Gol sepakan percuma tersebut tidak memiliki elemen yang unik seperti gol luar biasa pemain pasukan Pulau Pinang, Faiz Subri yang merupakan pemenang anugerah Puskas 2016.

(Photo by Simon Hofmann – FIFA/FIFA via Getty Images)

Daniel Zsori yang kini beraksi bersama pasukan yang menjadi mangsa gol sepakan gunting beliau, Feherver FC pastinya berbangga diatas pencapaian ini. Lebih manis lagi apabila beliau berjaya menewaskan pemain yang baru sahaja menggondol anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2019, Lionel Messi.