Kajian & Analisis

Pemain tumpuan FPL minggu ini

Jadual perlawanan yang mula padat bagi pasukan yang mengharungi saingan di eropah sedikit sebanyak memberi impak kepada kecergasan pemain. Antara pasukan yang terlibat seperti Manchester City, Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal, Manchester United, dan Wolverhmapton Wanderers.

Tiga pemain tumpuan yang perlu diberikan perhatian bagi perlawanan minggu ini ialah Pierre Emerick Aubameyang, Tammy Abraham, dan Teemu Pukki. Ketiga-tiga penyerang ini dilihat konsisten dalam menyumbangkan mata kepada pemilik pasukan Fantasy Premier League. Oleh yang demikian, pemilik-pemilik pasukan yang memilik pemain-pemain tersebut pastinya mengharapkan sentuhan berterusan dalam misi mengutip mata bag perlawanan keenam Liga Perdana Inggeris.

Berikut merupakan huraian ringkas mengenai ketiga-tiga pemain,

Pierre Emerick Aubameyang

Penyerang antarabangsa Gabon ini telah menghasilkan lima jaringan gol buat Arsenal dan sejumlah 39 mata terkumpul dalam Fantasy Premier League. Konsistensi Aubameyang tidak perlu dipersoalkan lagi kerana beliau berjaya memungut 205 mata bagi musim lepas. Tambahan pula, beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga bersama-sama Sadio Mane dan Mohamed Salah. Aubameyang menjaringkan dua gol ketika Arsenal diikat Watford 2-2 pada ahad lepas. The Gunners akan melayan kunjungan pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke dalam liga, Aston Villa pada ahad ini. Secara statistik, prestasi semasa Aubameyang di tahap yang terbaik dan beliau juga berjaya menyumbat satu gol ketika Arsenal menewaskan Eintracht Frankfurt 3-0 pagi tadi. 

Taiwan News

 

Teemu Pukki

Pemain yang paling popular atas keunikan nama dan persembahan luar biasa di atas padang ini sekali lagi menjadi taruhan para pemilik pasukan Fantasy Premier League. Teemu Pukki merupakan pemain yang tidak gentar walau tinggi mana status pasukan lawan. Buktinya, beliau berjaya menyumbang gol ketika bertemu Liverpool, Chelsea, dan Manchester City. Kini, Pukki mengutip 49 mata bagi Fantasy Premier League. Norwich City yang akan berdepan dengan Burnley sabtu ini dilihat berpeluang untuk terus melakukan kejutan ekoran prestasi memberangsangkan pemain mereka termasuk Todd Cantwell dan Emiliano Buendia.

talkSPORT

 

Tammy Abraham

Penyerang sensasi Chelsea ini telah menjaringkan tujuh gol dalam tiga perlawanan sebelum ini. Rekod jaringan yang agak menarik untuk dibincangkan. Namun begitu, Chelsea yang akan bertemu Liverpool dilihat sedikit sukar untuk menembusi benteng pertahanan yang diketuai Virgil van Dijk. Jika Abraham mampu untuk membenam ego The Reds pada hujung minggu ini, makan beruntunglah buat semua pemilik pasukan yang memilikinya. Kemungkinan besar Chelsea akan turun tanpa tonggak muda, Mason Mount yang mengalami kecederaan ketika menentang Valencia. 

Sky Sports

Apa jua yang berlaku, ianya atas pilihan anda. Adakah ketiga-tiga pemain ini mampu mempamerkan corak permainan yang konsisten dan terus menyumbang mata buat pemilik pasukan Fantasy Premier League?