Luar Negara Berita

Zidane pening kepala dengan bahagian tengah Los Blancos

Luka Modric telah dilanda kecederaan otot yang bakal mengenepikan beliau selama 15 hari di mana memaksa Zinedine Zidane mengubah perancangannya pada perlawanan akan datang menentang Levante dan Paris Saint-Germain.

Dengan Isco dan James Rodriguez yang masih cedera, hanya Toni Kroos yang cergas 100% dan boleh diturunkan oleh Zidane.

Sementara itu, Casemiro hanya sempat turut dalam satu sesi latihan sebelum perlawanan Sabtu ini dan Fede Valverde baru kembali ke Eropah setelah bermain dua perlawanan menentang Uruguay pada aksi antarabangsa.

Zidane sebelum ini jelas mahu merehatkan pemain kelahiran Brazil tersebut selepas beliau turun mewakili negara pada dua aksi antarabangsa bertemu Colombia dan Peru.

Melihat daripada situasi sekarang, Zidane semestinya terpaksa menurunkan Casemiro dan Valverde bagi membantu Toni Kroos di bahagian tengah.

Walau bagaimanapun, Zidane masih mampu untuk turun dengan membentuk formasi 4-4-2 dengan Kroos dan Casemiro di bahagian tengah manakala Gareth Bale dan Lucas Vazquez bertindak selaku pemain sayap.