Luar Negara Berita

Garry Neville minta Old Trafford dijual

Gary Neville telah membuat kenyataan kontroversi apabila meminta Manchester United untuk menjual hak nama di Old Trafford yang mampu menjana keuntungan sebanyak £ 80 juta setahun bagi memberi manfaat kepada peminat.

Legenda United, 44 tahun, tidak menolak bahawa ikon Manchester United itu mampu untuk memberi pendapatan yang lumayan buat United.

Menurut Neville, ‘Theatre of Dreams’ mampu mendatangkan keuntungan sehingga £ 80 juta setahun dan daripada keuntungan itu akan membantu bagi mengurangkan harga tiket di Stretford End.

Bekas bintang United memberitahu rancangan The Last Word ; “Keluarga Glazer, dan untuk bersikap adil, mereka telah menyatakannya dengan alasan yang betul, menyatakan bahawa mereka tidak akan [menjual] hak nama di Old Trafford, jenama Old Trafford.

“Saya akan menjual hak nama Old Trafford jika saya berada di Manchester United dengan harga £ 60, £ 70, £ 80 juta setahun.

“Dengan tujuan semua wang yang dihasilkan – £ 800 juta lebih dalam sepuluh tahun – akan bermakna tiket di Stratford akan menjadi £ 10 atau £ 12 dan sebahagian daripada tiket itu akan pergi kepada anak muda.

Neville mengakui bahawa perubahan nama stadium itu adalah “kali pertama saya membuat cadangan itu,” tetapi dia menegaskan bahawa dia telah “memikirkannya selama bertahun-tahun”.

Beliau meneruskan ; “Anda akan berunding dengan peminat, anda telah mendapatkan tajaan di setiap kawasan kelab.

“Old Trafford adalah nama stadium yang ikonik. Saya tidak akan pernah berhenti memanggilnya Old Trafford.

“Tetapi demi [peminat], katakanlah anda ditaja untuk £ 80 juta setahun, dan anda menyebutnya ‘Stan Collymore’s Old Trafford’ atau ‘Jamie Carragher Arena’, ia akan memberi subsidi harga tiket selama sepuluh tahun dan ia akan menjadi baik [untuk peminat].” Katanya.