Bekas pemain tengah Real Madrid, Inter dan Ajax, Wesley Sneijder baru sahaja mengumumkan persaraannya dari bola sepak dua minggu lalu, namun perubahan fizikalnya kelihatan begitu drastik.
Selepas bersara, pemain berusia 35 tahun telah pulang ke kampung halamannya dan dilantik sebagai pengarah untuk kelab Utrecht, tetapi imej terbaharunya berjalan ke tempat duduk dengan fizikal yang berbeza telah mendapat perhatian ramai.
Sneijder dilihat telah menambah berat badan dan bentuk fizikalnya berubah tidak seperti apa yang diharapkan oleh para pemain bola sepak sebelum bersara, tetapi beliau seolah seperti menikmati waktu-waktu persaraan dalam bola sepak.
Wesley Sneijder enjoying his retirement a bit too much pic.twitter.com/GbrDwqk19W
— Xav Salazar (@XavsFutbol) August 25, 2019
Dalam perkembangan lain, bekas pemain Inter Milan turun dalam perlawanan persahabatan pada Sabtu lalu menentang DHSC – sebuah pasukan amatur.
Peminat jelas terkejut dengan perubahan yang telah terjadi kepada bekas pemain antarabangsa Belanda tersebut.
Berikut adalah antara komen-komen para peminat bola sepak di Twitter.
shit, thats Wesley Sneijder, i think he ate the ball… https://t.co/T5tBsenfIR
— TheObservor (@Q_theObservor) August 26, 2019
Wesley Sneijder, best player at the 2010 World Cup, has been retired FOR TWO WEEKS… TWO WEEKS … I’m guilty of putting in a little holiday weight, but you almost have to admire the gluttony pic.twitter.com/1DDBhkPIfU
— Adam P (@ThreeFiveWho) August 26, 2019
Sebelum bersara, Sneijder bermain untuk pasukan Qatar, Al-Gharafa di mana dia menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan pada musim 2018/19.