Luar Negara Berita

Video – Gareth Bale gembira di Madrid, apa masalah Zidane?

Umum mengetahui bahawa Gareth Bale dengan jelas menyatakan bahawa beliau mahu kekal di Real Madrid dan membuktikan kepada Zidane bahawa beliau masih mempunyai masa hadapan di Los Blancos.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh AS English, keluarga bintang Wales gembira di Sepanyol dan pemain ini sukakan kehidupan yang tenang di Madrid dengan menikmati padang golf di Santander dan La Moraleja serta beliau dilaporkan kerap ke Cardiff yang jaraknya hanya dua jam.

Situasi yang melanda pemain ini dengan Los Blancos telah diuruskan dengan kurang bijak oleh kelab gergasi Sepanyol.

Nilai pasaran Bale jatuh sejak pengurus Perancis dengan lantang meminta Bale untuk keluar daripada kelab ‘secepat mungkin kerana mereka tahu, untuk mengekalkan seorang pemain yang tidak akan banyak bermain pada musim hadapan akan merugikan mereka.

Pemain berusia 30 tahun itu telah dibayar gaji sekitar 30 juta euro sebelum cukai selama semusim dan ianya tidak logik untuk membawa keluar pemain ini dengan harga yang murah.

Untuk rekod, Bale pernah dipancing untuk menyertai Manchetser United pada 2017 tetapi pemain itu tidak menyuarakan apa-apa hasrat untuk berpindah keluar dari Los Blancos.