Selepas dilaporkan tidak memberitahu Dybala tentang perjanjian pertukaran dengan Manchetser United, di mana telah membuatkan pemain itu marah, Juventus sekali lagi terpalit dengan kontroversi melibatkan latihan pra-musim di Korea.
Liga K telah menghantar surat kepada Juventus selepas Cristiano Ronaldo tidak diturunkan ketika kelab dari Itali menentang kelab Korea di Seoul, Jumaat lalu.
Perlawanan persahabatan telah dijalankan dengan Juventus turun menentang kesebelasan bintang Liga Korea yang berakhir dengan keputusan 3-3, tetapi penganjur merasa tidak puas hati apabila Ronaldo tidak diturunkan pada perlawanan tersebut.
Sebelum itu, kelab dari Itali sampai lewat ke gelanggang permainan dengan 63,000 peminat terpaksa menunggu hampir sejam selepas penerbangan mereka dari China ke Korea ditangguhkan selama dua jam dan kemudia tersangkut dalam lalu lintas.
Cristiano yang duduk di bangku simpanan tidak turunkan dalam 90 minit perlawanan.
Dalam satu laporan Marca, terdapat satu perjanjian untuk menurunkan bintang Portugal bermain sekurang-kurangnya 45 minit.
Media tempatan, Yonhap telah melaporkan bahawa surat rasmi telah dihantar ke Juventus selepas penganjur merasa ditipu dengan kelab Itali tersebut.
Surat itu turut mengutuk sikap ‘sombong’ dan ‘tidak bertanggungjawab’ juara Itali, yang dikatakan telah ditunjukkan “sebelum dan selepas” perlawanan itu.