Malaysia Berita

Kelayakan Piala Dunia : Malaysia diundi bersama Thailand, Indonesia, Vietnam dan UAE

Pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar dan Piala Asia 2023 menyaksikan skuad Malaysia diletakkan di dalam Kumpulan G bersama-sama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE.

Kejayaan menundukkan Timor Leste pada pusingan pertama bulan lalu telah menyaksikan Malaysia berada di balang empat dan layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.

Kesemua pasukan akan menghadapi 10 bulan yang panjang dalam menentukan juara kumpulan dan naib juara terbaik bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Jika berjaya menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik kumpulan, Harimau Malaya akan layak secara automatik ke pusingan ketiga kelatakan Piala Dunia 2022 dan juga mengesahkan tempat di Piala Asia 2023.

Walau bagaimanapun, cabaran besar buat skuad Tan Cheng Hoe apabila perlu berdepan pasukan tetangga Indonesia pada 9 September nanti dan dijadual bertemu UAE lima hari selepas sebelum bakal mengulang final Piala AFF 2018 menentang Vietnam pada 10 Oktober serta Thailand pada 14 November nanti.

Berikut adalah jadual kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar.

September 5, 2019 – Indonesia vs Malaysia

10 September, 2019 -Malaysia vs UAE

10 Oktober 2019 – Vietnam vs Malaysia

14 November 2019 – Malaysia vs Thailand

November 19, 2019 – Malaysia vs Indonesia

26 Mac, 2020 – UAE vs Malaysia

31 Mac, 2020 – Malaysia vs Vietnam

9 Jun, 2020 – Thailand vs Malaysia