Luar Negara Berita

Nak keluar punya pasal, Neymar tawar diri pada kelab lain

Drama perpindahan keluar Neymar dari Paris Saints-Germain memasuki episod terbaharu apabila pemain kelahiran Brazil itu dilaporkan menawarkan diri kepada kelab-kelab gergasi Eropah.

Beliau sebelum ini telah menyatakan pendirian mahu keluar daripada PSG selepas gagal menyesuaikan diri dengan kelab yang bertapak di Paris tersebut.

Biarpun kembali ke Barcelona masih menjadi pilihan, tetapi disebabkan beberapa faktor, Mundo Deportivo melaporkan bahawa bintang Brazil itu telah menawarkan khidmatnya kepada Real Madrid, Juventus, Bayern Munich dan Manchester United.

Neymar sendiri menyedari terdapat beberapa faktor yang menghalang beliau dari menyertai Barcelona disebabkan beberapa pertembungan diantara kedua-dua kelab dalam isu perpindahan pemain sebelum ini.

Selain daripada itu, faktor kewangan juga menjadi isu apabila Barcelona telah membelanjakan sebanyak 71 juta euro untuk mendapatkan De Jong dan 120 juta euro bagi mendapatkan khidmat Griezman dari Atletico Madrid.

Dilaporkan juga bahawa Barca sedang mencari jalan lain untuk membawa pemain tersebut dengan beberapa tawaran pertukaran pemain menjadi salah satu langkah untuk membawa pemain tersebut pulang.