Malaysia Berita

FAM bakal aturkan aksi pemanas badan buat Harimau Malaya

Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan G pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar dan Piala Asis 2023 semalam.

Tiga rakan serantau lain – Thailand, Vietnam dan Indonesia – termasuk UAE melengkapkan lima negara bersaing bagi merebut tempat di pusingan ketiga nanti.

Untuk memberi persedian awal menjelang aksi kelayakan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan bakal mengatur aksi persahabatan buat skuad Tan Cheng Hoe.

Berkata kepada Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberi bayangan bahawa Syria dan Yaman bakal menjadi lawan Malaysia pada aksi persahabatan.

Tetapi ianya bergantung kepada kedua-dua negara tersebut sekiranya mereka akan singgah di Kuala Lumpur atau tidak.

Justeru, Stuart berkata pihak FAM akan menghubungi pihak-pihak terbabit untuk  pertanyaan lebih lanjut sambil berharap mereka akan bersetuju untuk menentang Malaysia pada aksi persahabatan nanti.

Sebelum ini, FAM telah menyediakan perlawanan persahabatan dengan UAE pada penghujung bulan depan atau awal September, tetapi terpaksa diubah apabila UAE bakal menentang Harimau Malaya pada aksi kelayakan nanti.