Luar Negara Berita

Agen dedah minat Barcelona untuk dapatkan Victor Lindelof

Agen pemain pertahanan, Victor Lindelof mendedahkan bahawa ‘kelab gergasi Eropah’ berminat untuk mendapatkan pertahanan Manchester United, lapor Talksport.

Berita itu datang sebagai tamparan baru kepada pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, di mana beliau bakal kehilangan bintang berprofil tinggi, Paul Pogba dan Romelu Lukaku – keduanya telah menyatakan keinginan untuk meninggalkan Old Trafford.

Wakil Lindelof, Hasan Cetinkaya, dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kliennya bersedia untuk berpindah keluar ke Barcelona.

“Lindelof berada di sebuah kelab Eropah yang hebat tetapi untuk meninggalkan United bergantung kepada kelab Inggeris tersebut,” kata Hasan Cetinkaya kepada Mundo Deportivo.

Gergasi Catalan dilaporkan telah menyatakan minat kepada United bagi mendapatkan Lindelof, tetapi pendirian United tetap sama – pemain itu tidak akan dijual.