Liga Super Malaysia Berita

Felda perus terus aksi konsisten

Pengendali FELDA United FC, Nidzam Jamil mahu anak buahnya kekal konsisten dalam menghadapi baki perlawanan Liga Super jika mahu terus kekal.

Selepas berjaya mencipta kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur, Rabu lalu, tumpuan Felda akan beralih kepada cabaran PKNP FC, esok malam sebelum melayan cabaran Pahang dan Kedah.

“Selepas diberi tentangan sengit, kami akhirnya sudah lepasi KL dan ini hasil kerja keras pemain. Kadang-kadang bola sepak akan berkait dengan pelbagai perkara. Ia bukan matematik yang kita boleh kira dengan senang,” katanya.

Kemenangan ke atas Kuala Lumpur, 2-0 telah menghidupkan peluang mereka untuk kekal dengan berjaya meletakkan pasukan di tangga ke 11 liga di belakang PKNP.