Luar Negara Berita

Griezman hampir pasti ke Barcelona

Usaha membawa Antoine Griezmann  ke Barcelona akhirnya sampai ke jalan penyelesaian apabila Barcelona bersedia untuk membayar 120 juta euro klausa pelepasan bintang Perancis tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh L’Equipe, perbincangan kedua-dua pihak sedang berlangsung apabila kelab dari Catalan bersedia mengaktifkan klausa pemain berusia 28 tahun.

Sementara laporan itu menambah bahawa terdapat beberapa kelewatan yang tidak dapat dielak dan pengesahan rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat setelah semua perjanjiannya termeterai.

Akhbar daripada Perancis itu juga menyebut faktor kelewatan perpindahan pemain tersebut adalah disebabkan pelan pembayaran yang belum muktamad serta keinginan Atletico Madrid mahu membawa masuk Nelson Semedo ke Wanda Metropolitano.