Luar Negara Berita

Bagaimana serangan ‘baharu’ Barcelona akan bekerja?

Terdapat banyak mulut sebelum ini yang menyatakan bahawa Neymar dan Antoine Griezman adalah kunci kepada kelemahan bahagian serangan Barcelona.

Tetapi terdapat keraguan terhadap kedua-dua pemain ini bagi menggerakkan Camp Nou kepada kancah kejuaraan.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana kedua-dua pemain ini akan bekerja jika diletakkan bersama Lionel Messi dan Luis Suarez di dalam skuad yang sama?

Tidak dinafikan bahawa Neymar mempunyai pengalaman bekerja dengan kedua-dua pemain tersebut dan telah menunjukkan satu persembahan yang baik semasa beliau masih menyarung jersi Barcelona.

Walau bagaimanapun, dengan kehadiran Griezman, bahagian serangan Barcelona mungkin akan mengalami satu revolusi yang berbeza.

Bekas penyerang Barcelona, Hristo Stoichkov bercakap kepada Marca bahawa beliau percaya kedua-dua pemain ini mampu menutup kelemahan serangan Barcelona.

“Saya tidak dapat melihat sebab mengapa Messi, Suarez, Neymar, Griezmann dan [Ousmane] Dembele tidak boleh bersama” kata Bulgaria.

“Barcelona sentiasa menandatangani pemain terbaik supaya mereka perlu berjuang untuk mendapatkan tempat di dalam pasukan.

“Dan anda boleh bermain empat daripada mereka pada masa yang sama.”

Bagi Pichi Alonso, bekas penyerang Barcelona yang mewakili kelab tersebut dari 1982 hingga 1986 mempunyai pendapat yang berbeza.

“Ia tidak mudah untuk menyesuaikan empat bahagian depan dalam mana-mana pasukan,” kata bekas penyerang itu.

“Neymar dan Griezmann tidak serasi, maksud saya tidak sama sekali.

“Maksud saya, seorang itu suka mengelecek, seorang lagi adalah penjaring gol.

“Risiko ketidakseimbangan pasukan sangat penting.”