Kajian & Analisis

Statistik menunjukkan De Jong adalah harapan baharu Barcelona

Pemain baru Barcelona, ​​Frenkie de Jong meletakkan persembahannya di tahap yang mengagumkan selepas musim yang baik dengan Ajax.

De Jong, 22, merangkul gelaran liga dan Piala Belanda bersama Ajax serta membawa kelabnya ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bintang Belanda secara rasminya menjadi pemain Barcelona dengan nilai perpindahan sebanyak € 75 juta dan € 11 juta sebagai tambahan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Driblab, menunjukkan bahawa pemain muda kelahiran Belanda mempunyai pakej lengkap untuk berjaya di Sepanyol bagi menggantikan dua pemain senior, Ivan Rakitic dan Sergio Busquets.

Driblab telah mengumpulkan statistik melalui persembahan De Jong di peringkat domestik dan Liga Juara-Juara pada musim lalu, dengan hampir 90.7% hantaran pendek dan panjang daripada pemain ini.

Walaupun statistiknya masih dianggap biasa, tetapi kemampuan pemain ini mengawal garis tengah bagi membantu dua jabatan – pertahanan dan penyerang – telah menjadikan beliau antara pemain tengah yang diidamkan oleh Catalan.

Dengan purata 2.48 pintasan bola, 3.04 bentesan dan 0.54 kesalahan yang dilakukan, ianya jelas bahawa pemain ini sedang berkembang ke arah yang lebih baik.

De Jong telah diumumkan sebagai pemain Barcelona di hadapan lebih 20,000 penyokong.

“Saya suka cara bermain Barca, falsafah Barça dan Ajax sangat serupa, dan saya fikir saya akan menikmatinya,” katanya.

“Saya gembira dapat bermain dengan [Lionel] Messi, yang selalu saya ikuti. Sekarang idola saya akan menjadi rakan sepasukan saya.

“Barça dan Holland sentiasa mempunyai hubungan istimewa, dan saya berharap untuk mengikuti tradisi itu.

“Saya mahu menjadi salah seorang pemain Belanda hebat yang bermain di FC Barcelona.”

De Jong bersedia untuk cabaran baru di La Liga selepas dia mengakui bahawa ia adalah “selalu mimpi untuk saya bermain untuk Barça.”