Luar Negara Berita

USA buru kemenangan ke-4

Amerika Syarikat dalam pemburuan Piala Dunia keempat apabila bakal turun menentang Belanda, esok, dengan Alex Morgan teruk dikecam susulan daripada sambutan kemenangan beliau ketika menang ke atas England.

Gaya sambutan seperti meminum teh Morgan telah menerima kritikan apabila seolah mengejek orang inggeris yang menggemari teh.

“Kamu melihat pelbagai gaya meraikan gol yang dibuat oleh pemain lelaki di seluruh dunia dalam kejohanan besar, mereka memegang alat sulit atau apa saja, apabila saya melakukan gaya minum teh, saya agak terkejut dan kamu perlu ketawa mendengar semua kritikan,” kata Morgan.

Morgan berjaya menjaringan lima gol sebelum ini apabila meledak dalam perlawanan menentang Thailand yang berkesudahan dengan 13-0.