Luar Negara Berita

‘Pogba mahu keluar dari United’ – Mino Raiola

Agen Paul Pogba, Mino Raiola mendedahkan bahawa pemain dibawah jagaannya mahu keluar dari Manchester United, lapor The Times.

Pemain kelahiran Perancis masih berada di New York bersama dengan United yang bakal menghadapi latihan pra-musim Ahad ini.

Raiola menyatakan bahawa keinginan Pogba untuk bergerak keluar dari Old Trafford dan menyertai Real Madrid atau pun Juventus, dua kelab yang mahukan khidmatnya.

“Semua orang dalam kelab dari pengurus kepada pemilik tahu kehendak Paul,” kata Raiola kepada The Times. “Semua orang tahu kesediaan Paul untuk bergerak, kami sedang dalam proses itu, semua orang tahu apa perasaan Pogba.”