Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Malam ini nasib milik Kedah

Kedah bernasib baik untuk layak ke pentas akhir Piala FA menerusi gol ditempat lawan apabila Felda United berjaya menewaskan Helang Merah 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, sebentar tadi.

Keputusan agregate 3-3 yang dicatatkan kedua-dua pasukan memaksa Felda United untuk akur dengan peraturan gol di tempat lawan.
Pada perlawanan tersebut, Kedah bermula dengan baik apabila menjaringkan penalti pada minit ke 26 menerusi Fernando Rodriguez yang mudah menewaskan penjaga gol Felda, Norazlan Razali.
Gol kedua Kedah hadir pada minit ke-39 menerusi pemain sayap, Farhan Roslan yang menjadikan keputusan agregate 3-0.
Pada separuh masa kedua, Felda bermula garang apabila sesekali mengasak ke kubu Kedah.
Gol pertama mereka hadir menerusi pemain dengan jersi nombor 26, Thiago Junio sebelum Chanturu menambah gol kedua lapan minit selepas itu menjadikan keputusan agregat 3-2.
Tidak mengalah, pasukan Felda terus menambah asakan bagi mencari gol kemenangan yang akhirnya hadir pada akhir minit permainan menerusi ketua pasukan, Hadin Azman.
Biarpun berjaya menewaskan Kedah, pasukan kendalian Mohd Nidzam Jamil terpaksa akur apabila tewas dengan kelebihan gol ditempat lawan dan menyaksikan Kedah bakal bertemu Perak di pentas akhir Piala FA nanti.