Jaringan pemain Pahang, Herold Goulon bukan sahaja menangkap perhatian media tempatan, tetapi jaringan terbabit juga berjaya menangkap media antarabangsa, Marca.
Goulon yang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11 telah berjaya meledak gol ajaib pada akhir minit perlawanan dengan sepakan lambung yang berjaya menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam.
Jaringan tersebut mendapat perhatian Marca apabila turut dilaporkan oleh media Sepanyol tersebut dengan tajuk bahasa inggeris, ‘Player in Malaysia scores a freekick from his own half’
Marca adalah salah satu media yang popular di Sepanyol, di mana dalam laporannya turut menyatakan bahawa gol Herold Goulon itu sebagai ‘luar biasa’ apabila dijaringkan hampir separuh daripada padang.
🚀 What a strike, Herold Goulon! This wondergoal from inside his own half helped @OfficialPahang beat Perak 3-1 last night! 🤯
Watch the full semi-final 1 highlights on MFL’s Facebook page!#ShopeePialaFA2019 pic.twitter.com/TAqUAoE3f0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 23, 2019