Neymar dilaporkan akan kembali menyertai Barcelona selepas bersetuju dengan tiga permintaan kelab itu.
Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan Barcelona pada 2017 dengan rekod perpindahan dunia dan beliau dilihat sekali lagi dalam perjalanan untuk kembali ke Sepanyol.
Barcelona dilaporkan akan memperoleh khidmat pemain ini sekali lagi menewaskan Real Madrid dan Manchester United yang bersaing mendapatkan pemain tersebut.
Menurut UOL, melalui Mirror, Neymar dikatakan mempunyai syarat yang perlu diikuti sebelum menyertai Barcelona.
Syarat pertama adalah pemotongan gaji di mana beliau tidak akan menerima seperti apa yang PSG bayarkan.
Kedua adalah Neymar tidak akan menuntut bonus dari Barcelona yang dikatakan masih berhutang dengan beliau
Manakala ketiga adalah paling beremosi di mana Barcelona menuntut Neymar secara terbuka menyatakan hasratnya untuk pulang ke Barcelona dan menyatakan bahawa beliau silap meninggalkan kelab terbabit.