Luar Negara Berita

Leeds buru khidmat Buffon di Elland Road

Penjaga gawang Itali dan lagenda bola sepak, 41 tahun, Gianluigi Buffon telah meninggalkan Paris Saint-Germain pada akhir musim ini dan dia masih mempertimbangkan masa depannya dengan beberapa pilihan kelab.

Parma dan Atalanta antara lain dipercayai mahu mendapatkan khidmat beliau.

Dalam laporan dikeluarkan The Independent, Leeds juga sedang dalam perlumbaan untuk membawa masuk penjaga gawang veteran Itali tersebut.

Biarpun gagal mendapat tempat di Liga Perdana setelah tewas pada aksi separuh akhir Play Off menentang Derby County.

Marcelo Bielsa dilihat mahu merombak pasukan dan Buffon bakal menjadi sasaran utama beliau.