Luar Negara Berita

Real Madrid bakal lancarkan pasukan wanita menjelang 2019/20

Nampaknya Real Madrid akan memiliki pasukan wanita dalam Liga Femenina Iberdrola pada 2019-20 selepas diumumkan bahawa Bernabéu telah membayar 500.000 euro untuk mengambil tempat CD Tacón, yang dinaikkan pangkat musim lalu ke liga tertingga Sepanyol.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh AS, CD Tacon dilaporkan tidak mengesahkan mahupun menafikan berita berkenaan tetapi sedang menunggu laporan rasmi daripada Real Madrid.

Manakala El Mundo melaporkan, pengambilalihan itu akan selesai beberapa minggu lagi dengan Madrid bersedia membina pasukan wanita setelah melihat kejayaan pesaing pasukan jiran mereka Atletico dan Barcelona.

Sebelum ini, perlawanan di antara pasukan wanita Atletico dan Barcelona telah berjaya memecah rekod dengan menarik lebih 60,739 penonton.