Luar Negara Berita

Perbezaan Messi dan Maradona di peringkat antarabangsa

Fabio Capello percaya Diego Maradona mempunyai rakan pasukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa berbanding Lionel Messi yang digambarkan sebagai “luar biasa”.

Pemain berusia 31 tahun sedang berjuang bersama Argentina di kejohanan Copa America yang kelimanya bagi mencari gelaran pertama buat karier antarabangsa beliau.

Manakala Maradona pula telah membimbing La Albiceleste ke mahkota Piala Dunia kedua pada 1986 dengan menjaringkan lima gol dan mencipta gol kemenangan menentang Jerman Barat.

Messi juga mengetuai Argentina pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014, tetapi kalah tipis 1-0 ke atas Jerman.

Capello merasakan pengalaman kedua-dua pemain terbaik dunia – Maradona dan Messi – jauh jika dibandingkan dengan kejayaan masing-masing diperingkat antarabangsa.

“Orang bercakap tentang kedua-dua [pemain], tetapi Maradona lebih kuat dan lebih berkualiti daripada Messi,” katanya kepada Radio Marca.

“Dia [Messi] mempunyai pemain yang baik di depannya, tetapi di bahagian tengah dan di bahagaian pertahanan [Messi] kehilangan pemain yang baik. Itulah masalah penting.”