Aksi pertama Liga Perdana Futsal (MPFL) menyaksikan Pahang berjaya menewaskan Kuala Lumpur, 4-2 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam petang tadi.
Empat jaringan daripada Mahadir Harahap, Abu Haniffa Hassan, Saiful Nizam dan Farhan sudah cukup memadai buat Pahang apabila mudah mengenepikan cabaran Kuala Lumpur.
Manakala sebuah lagi pasukan yang bertapak di Lembah Klang, KL City FC gagal menyerap asakan Pulau Pinang apabila tewas 7-5 di kompleks yang sama petang tadi.
Jaringan yang dibuka pada minit ke lapan oleh Amirul Izwan Amrulnizam sebelum Jaya Prahkashrao, Muzhaffar Tahar (2) dan Aqim Salihuddin melengkapkan lima jaringan gagal memberi mata yang positif buat mereka.
Lain-lain keputusan, Kedah terikat 2-2 dengan Terengganu semalam di Alor Setar.