Luar Negara Berita

Raul dilantik jurulatih baharu Real Madrid B

Pemain muda pasukan Real Madrid B mempunyai jurulatih baru, kerana pemain lagenda kelab tersebut, Raul telah disahkan sebagai jurulatih baharu.

Perkara ini dilaporkan oleh Marca pada 9 April lalu dan sekarang ia menjadi realiti, dengan jurulatih berusia 41 tahun itu telah menyelesaikan kursus latihan UEFA Jumaat lalu.

“Raul, yang telah melatih pasukan Cadete B dan Juvenil B musim ini, memulakan tahap baru dalam perjalanan profesionalnya di Real Madrid,” kata kenyataan kelab.