Luar Negara Berita

Maurizio Sarri dedahkan satu klausa pelik dalam kontraknya bersama Juventus

Pengurus baharu Juventus, Maurizio Sarri telah diperkenalkan sebagai pengurus baharu Juventus untuk musim hadapan.

Tetapi pada hari pertemuan dengan media, Sarri melaporkan bahawa terdapat satu klausa pelik di dalam kontraknya bersama dengan Juventus.

Bekas pengurus Chelsea dan Napoli sebelum ini bersetuju untuk mengemudi Juventus selama tiga tahun bagi menggantikan Massimiliano Allegri di Old Lady.

Tetapi beliau sedikit kecewa dengan klausa pelik yang meminta beliau untuk menyarung suit Juventus.

Jurulatih kelahiran Itali sebelum ini terkenal dengan pakaian sukan keika beliau mengemudi Chelsea dan Napoli.

Pada sidang media tersebut, Sarri menjelaskan bahawa Juventus meminta beliau untuk menyarung baju kemeja dan kot rasmi Juventus.

“Saya lebih suka tidak memakai suit Juventus di padang,” katanya.

“Di luar padang, apabila saya mewakili Juventus, saya terpaksa memakainya dan ia ditulis dalam kontrak saya.

“Tetapi di padang, saya lebih tidak suka, tetapi kita akan membincangkannya.

“Perkara penting, pada usia saya, mereka tidak meminta saya telanjang.” katanya.

Sarri telah diperkenalkan sebagai pengurus baharu Juventus semalam dan dia menyatakan perasaan gembira untuk kembali ke Itali.