Luar Negara Berita

PSG sedia lepaskan Neymar

Masa hadapan Neymar di Paris Saints-Germain menjadi bualan hangat sekali lagi minggu ini apabila Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi bersedia untuk melepaskan bintang kelahiran Brazil tersebut, jelas Marca.

Penyerang Brazil ini telah diketepikan akibat kecederaan yang menyebabkan beliau terlepas aksi Copa America, sementara rakan sepasukannya, Kylian Mbappe turut sama dikelilingi oleh spekulasi terbabit.

L’Equipe turut melaporkan bahawa kelab gergasi Perancis bersedia mendengar tawaran untuk Neymar tetapi meletakkan syarat bahawa tawaran itu mesti besar dan berpatutan.

Melalui wawancara yang dikeluarkan oleh Perancis Football, Al Khelaifi telah berkata, “para pemain perlu mengambil tanggungjawab mereka lebih daripada sebelumnya,” jelas Al-Khelaifi

“Ia perlu sama sekali berbeza, mereka perlu bekerja lebih. Mereka tidak berada di sini untuk bersenang-senang.

“Dan jika mereka tidak bersetuju dengan pandangan ini, pintu terbuka.

“Saya tidak lagi mahu mempunyai tingkah laku bintang [dalam pasukan].”

Walaupun dia tidak menamakan mana-mana pemain secara khusus, akhbar Perancis melaporkan bahawa komenya telah disasarkan kepada Neymar.