Malaysia Berita

Liga Perdana : Jelius berang dengan aksi anak buah

Kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu jelas tidak mengembirakan pengendali pasukan Sabah, Jelius Ating.

Bagi beliau, para pemain tidak beraksi dengan baik pada perlawanan tersebut dan tidak menolok kemungkinan daripada tempoh rehat yang agak panjang sebelum ini.

Tempoh rehat sebelum ini akibat daripada aksi antarabangsa dan cuti Hari Raya Aidilfitri bagi beliau mempunyai kebaikan iaitu para pemain dapat mengembalikan kecergasan mereka tetapi tidak menolak keburukannya telah mengakibat kualiti permainan anak buahnya sedikit hambar.

“Kebaikan (saingan liga) berehat panjang ialah pemain mengalami kecederaan mempunyai masa kembali cergas tetapi keburukannya kita tiada aksi kompetitif kerana agak sukar mencari pasukan berkualiti untuk perlawanan persahabatan di sini,” katanya.

Biarpun gagal mempamerkan kualiti permainan yang sebenar, Jelius jelas berpuas hati dengan kemenangan anak buahnya ke atas pasukan Negeri Sembilan walaupun menerima tentangan sengit daripada pasukan tersebut.

Kemenangan ini telah meletakkan Sabah di tangga kedua Liga Perdana selepas mengumpul 28 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim II (JDT II)