Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Berita gembira menjelang pertemuan Pahang, Kedah

Kem skuad Tok Gajah menerima berita gembira menjelang pertemuan dengan Kedah apabila dilaporkan pertahanan Pahang, Afif Amiruddin dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan.

“Setakat ini, segalanya berjalan lancar sebaik saya dan rakan lain kembali menjalani latihan pada 3 Syawal lalu selepas menyambut Aidilfitri .

“Kecederaan dialami juga sudah pulih sepenuhnya dan saya sudah bersedia membantu pasukan mencatat kemenangan berdepan Kedah nanti,” katanya.

Beliau turut percaya bahawa Pahang mampu untuk mengutip tiga mata penuh jika semua pemain beraksi dengan konsisten

Katanya, kesungguhan semua pemain ketika sesi sesi latihan dibantu percaturan jurulatih, Dollah Salleh diharapkan menjadi.

“Fokus utama kami ialah mengutip tiga mata di Alor Setar dan dengan kerjasama semua pemain, kami boleh menewaskan mereka bagi mengutip tiga mata berharga,” katanya.