Luar Negara Berita

Real Madrid sedia lakukan apa sahaja untuk dapatkan Pogba

Real Madrid telah berjaya mendapatkan tandatangan Eden Hazard dan Luka Jovic, manakala Ferland Mendy yang hanya menunggu masa untuk disahkan, kelab itu kini akan mengalih perhatian mereka kepada Paul Pogba.

Seorang pemain tengah diperlukan dan Zinedine Zidane ingin membawa rakan senegaranya ke Estadio Santiago Bernabeu, kelab itu menyokongnya, walaupun terdapat sedikit keraguan.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Marca, Los Blancos telah mendapat arahan daripada Zidane untuk membawa Poba dari Old Trafford pada musim panas ini.

Pengurusan kelab semestinya gembira untuk membawa Pogba ke Sepanyol. Tetapi ianya dilihat sukar apabila Manchester United dilaporkan tidak akan membiarkan pemain tengah tersebut keluar daripada United dengan bidaan bawah 150 juta euro.

Biarpun terdapat alternatif lain, antaranya Christian Eriksen dan Donny van de Beek, tetapi jurulatih kelahiran Perancis tersebut menjelaskan bahawa dia hanya mahu pemain berusia 26 tahun itu.

Zidane kini bergantung kepada keinginan Pogba untuk bermain di bawahnya dan untuk berbuat demikian, dia perlu mengurangkan gajinya. Sebaliknya, Madrid akan bersedia menawarkan kontrak yang panjang, mungkin perjanjian selama enam tahun.