José Antonio Reyes, seorang bintang bola sepak Sepanyol yang bermain untuk beberapa kelab besar di sekitar Eropah, termasuk Arsenal di Liga Perdana Inggeris, meninggal dunia pada hari Sabtu dalam kemalangan kereta, kata kenyataan yang dikeluarkan Sevilla FC.
Kemalangan itu berlaku tengah hari sementara Reyes sedang dalam perjalanan ke Utrera, kampung halamannya, lapor Sepanyol EFE
Reyes sekarang mewakili Exyeremadura di Divisyen Kedua, mendiang yang berumur 35 tahun sebelum ini telah bermain untuk Real Madrid dan musuh jirannya, Atletico Madrid. Beliau juga pernah bermain di luar Sepanyol dengan berkelana jauh ke London untuk mewakili Arsenal sebelum menyertai Benfica dan kelab China, Xinjiang Tianshan.
Beliau juga cemerlang buat skuad negara apabila mewakili Sepanyol dalam 21 perlawanan dan merupakan sebahagian daripada skuad yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2006. Pada masa itu, Sepanyol menjadi juara Eropah pada tahun 2008 dan mengukuhkan dominasinya sebagai pasukan terkuat di Benua dengan memenangi Piala Dunia 2010.
Bekas pemain Real Madrid ini juga pernah mewakili Sevilla dan merupakan sebahagian dari pasukan Arsenal 2003/04 yang menyempurnakan musim Liga Perdana tanpa kalah, dan ia juga memenangi 21 perlawanan untuk Sepanyol, menurut The Guardian.
Pada usia 16 tahun, dia menjadi pemain termuda dalam sejarah Sevilla untuk membuat debut untuk kelab dalam perlawanan di liga teratas Sepanyol, selepas dia dipilih oleh jurulatih pasukan itu, Joaquín Caparrós.
Dia tinggal bersama kelab itu selama lima tahun, dan kemudian kembali pada 2012 untuk tugas kedua yang berakhir pada 2016, di mana dia dan pasukannya memenangi Liga Europa tiga kali.
Antonio Reyes akan sentiasa diingati sebagai lagenda bola sepak dan manusia yang hebat. Selamat jalan amigos!