Liga Super Malaysia Berita

PKNP FC buat anak buah Irfan Bakti berpeluh

PKNP FC meranapkan impian pasukan pelawat, Terengganu FC (TFC) untuk menebus kekalahan sebelum ini apabila seri 2-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Gol pertama tuan rumah diperoleh pada minit ke 22 melalui Amani Aguinaldo selepas menanduk masuk tendangan percuma Hafiz Ramdan.

Penyerang TFC, Kipre Tchetche menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma dari luar kotak penalti.

PKNP FC terus menyerang ke kubu lawan sebelum memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-34 menerusi Thomas Abbey yang merembat masuk.

Walau bagaimanapun, TFC sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila Sandar Shaakhmedov melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-68.