Luar Negara Berita

Klopp akur dengan kekalahan, Messi laung amaran

Lionel Messi menjadi watak penting buat Barcelona apabila meledak dua gol ketik gergasi Sepanyol tersebut menumpaskan Liverpool, 3-0 pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Nou Camp, awal pagi tadi.

Gol pertama daripada Barcelona dijaringkan oleh bekas pemain Liverpool, Luiz Suarez pada pertengahan babak pertama sebelum Messi menambah dua gol pada babak kedua.

Messi mencipta kejutan dengan jaringan cantik menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang Liverpool, Allison.

Keputusan ini menyaksikan Liverpool perlu mendaki tangga yang tinggi untuk mengatasi Barcelona pada perlawanan timbal balik separuh akhir di Anfield minggu hadapan.

Bagi pengurus Liverpool, ia tetap kagum dengan permainan yang dipamerkan oleh para pemain beliau.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Bola sepak seperti ini. Ia adalah mengenai siapa yang menjaringkan gol dan mereka menjaringkan tiga gol dan kami langsung tiada sebarang gol tetapi persembahan kami amat bagus,” kata Klopp.

“Sejujur-jujurnya pemain tampil dengan persembahan yang cukup baik tetapi menentang pasukan seperti Barcelona, seketika saja sudah cukup untuk memberikan mereka peluang.

“Apa yang boleh saya katakan lagi? Saya amat gembira dengan persembahan tetapi sudah tentu tidak gembira dengan keputusan, kami perlu menerimanya, ia adalah bola sepak dan kami mengetahuinya. Kami tidak memperoleh gred, hanya keputusan yang sukar dan kami perlu menerimanya.” Katanya.

Gol kedua Messi adalah gol ke-600 beliau dalam semua kejohanan.

Messi juga melaungkan amaran bahawa cabaran Barca belum berakhir dan perlu lebih bersedia menjelang perlawanan timbal balik Rabu depan.

“Pasti lebih baik jika menang 4-0 berbanding 3-0 tetapi ia adalah keputusan yang amat bagus,” kata penyerang bintang Argentina itu. “Ia bukan penentu, kami perlu mengharungi suasana yang amat rumit, dengan sejarah yang hebat.”