Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Kedah mudah ratah PKNS FC di Shah Alam

Anak buah Aidil Sharin Sahak membawa bekalan selesa dari Shah Alam apabila berjaya menumpaskan PKNS FC, 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA, sebentar tadi.

Kedah hanya memerlukan 12 minit untuk menjaringkan gol pertama hasil daripada penyerang Sepanyol, Fernando Rodriquez yang menerima umpanan Farhan Roslan.

Penyerang kedua Kedah, Jonathan Bauman menambah koleksi gol Kedah pada minit ke-25 sebelum beliau meledak gol kedua peribadinya untuk meletakkan Kedah selesa mendahului 3-0.

PKNS berjaya mencari gol saguhati menerusi Gabriel Guerra yang bijak menyudahkan hantaran Romel Morales pada minit ke-64.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan aksi kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman, 10 Mei ini.