Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Perak terikat tanpa jaringan dengan PKNP FC

Perak gagal meneruskan rentak kemenangan ke atas PKNP FC apabila sekadar seri pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini sebentar tadi.

PKNP FC turun selaku tuan rumah tidak mahu diaibkan lagi setelah tewas 4-0 pada aksi Liga Super minggu lalu nyata memberi aksi lebih bertenaga malam tadi.

Penyerang tuan rumah, Giancarlo Lopez  hampir membuka jaringan pada minit ke-16 tetapi ia berjaya diselamatkan oleh Hafizul Hakim.

Pemain lawan, Gilmar da Silva menguji gawang tuan rumah selang empat minit selepas itu tetapi rembatannya terkena palang gol.

Tuan rumah hampir mendahului menerusi Thomas Abbey pada minit ke-25 tetapi tendangannya melepas gol Perak.