Futsal

Pahang Rangers FC muncul juara Piala Jemputan Ferro Futsal

Pahang Rangers yang muncul juara Piala Jemputan Ferro Futsal pada minggu lalu memberikan amaran awal bahawa mereka bakal bersaing bagi merebut Liga Futsal Malaysia 2019.

Antara pasukan yang mengambil bahagian pada perlawanan tersebut adalah Pahang Rangers, Melaka United, Selangor dan dua lagi pasukan amatur, Dani FC dan Leonis FC.

Pahang Rangers berjaya mencipta kemenangan pada perlawanan pertama dengan Leonis FC dengan jaringan besar 11-3 sebelum menewaskan Melaka United 4-1.

Pada perlawanan kedua yang Pahang Rangers berjaya menewaskan Dani FC sebelum bertemu Selangor pada aksi akhir liga di mana mereka menang 4-1.

Pahang yang dibarisi pemain muda dan senior dilihat seimbang dan tampak bakal menjadi pesaing utama pada aksi Liga Futsal Malaysia 2019 nanti.