Luar Negara Berita

IFAB umum perubahan undang-undang jika bola terkena tangan

Pakar undang-undang sukan bola sepak telah mendedahkan bahawa terdapat perubahan undang-undang baharu berkaitan dengan bola yang terkena tangan menjelang musim panas ini.

Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) akan membuat perubahan undang-undang yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun.

Menurut IFAB, kesalahan bola terkena tangan akan dikenakan kepada pemain yang sengaja menyentuh bola dengan tangan atau lengan mereka (dengan jelas) atau  pemain yang menyentuh bola dan membantu dalam menjaringkan gol atau jika jaringan mereka menggunakan tangan atau lengan mereka.

Dalam situasi penalti, Pengadil akan memberi keputusan dalam dua keadaan, pertama tangan pemain tersebut berada di dalam posisi ‘tidak normal’ atau jika lengan atau tangan pemain berada ‘di atas/di luar bahu mereka’