Malaysia Berita

Yusri pengendali terbaharu Kelantan

Bekas ketua jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah dilantik oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai pengendali baharu pasukan tersebut menggantikan Marko Kraljevic.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata kepada Berita Harian bahawa Yusri adalah calon yang paling layak untuk mengendalikan Kelantan.

“Selepas ketiadaan Kraljevic bersama pasukan baru-baru ini, saya meminta Yusri kembali mengendalikan pasukan bagi persiapan perlawanan seterusnya.

“Bekas jurulatih Kuala Lumpur itu sudah menandatangani kontrak semalam dan memulakan tugas sebaik sahaja tamat menjalani kursus kejurulatihan Pro A di Kuala Lumpur.

“Saya berharap barisan pemain dapat bekerjasama dengan Yusri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini Yusri pernah mengendalikan Kelantan sehingga berjaya membawa pasukan tersebut ke suku akhir Piala Malaysia sebelum menyertai Kuala Lumpur pada awal musim ini.

Yusri bakal dibantu oleh penolong jurulatih, Kamaruddin Mohammad sebagai persiapan menjelang pertama beliau selaku pengendali Kelantan menentang Negeri Sembilan.